Wednesday 17 July 2013

Puasa, Air Sirap, Keropok Lekor, dan Tali Getah

Assalamualaikum….


                                   

Bulan ramadhan datang lagi. Sebut pasal bulan ramadhan, kite akan pikir bulan untuk orang islam seluruhnya berpuasa.

Tak kira tua ka, muda ka, budak-budak, atuk nenek…pendek kata semua peringkat umur yang cukup syarat lah.

Sedang diri ini terlena di buai mimpi indah, tiba-tiba ada suara-suara sumbang yang datang menerjah cuping telinga ni. Kenapa la tetiba pulak ada bunyi ketukan pintu pepagi hari ni, kacau tido betul la..huk huk huk..

Hurmm..dengan segala kudrat yang ada terpaksa la kite membangunkan diri, walaupun hari masih lagi gelap. Kalau terus sambung tido kang nanti orang cakap takde orang nak masuk minang. Alamatnya tak nikah sampai ke tua la kite. Susah jugak jadi orang perempuan ni yer. Tapi tetap ada keistimewaanya, sebab orang perempuan mudah masuk syurga, tapi…mudah jugak masuk neraka, alahaii…

Sedang kite bermalas-malasan nak membangunkan diri tetiba kite teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Al kisahnya bermula di bulan ramadhan bulan yang mulia..


                                                                   ***********

Kelas bermula seawal pagi hari dibulan ramadhan. Hari pertama seluruh umat islam berpuasa.

Kite tak lepas jugak peluang untuk menunaikan ibadat puasa, walaupun masa tu kalau tak lupa la standard 3. Mencabar betul time tu, sebab kebanyakan bebudak tak puasa lagi kalau standard 3 ka 4 tu, time tu diorang sedang membesar tak kenal lagi kot apa makna puasa. Kite pikir la.

Kebanyakan bebudak ada yang bawak bekal sendiri dari rumah, ada yang beli makanan kat kantin sekolah, dan tak kurang jugak yang beli jajan kat luar pagar sekolah. maklum la sekolah rendah kan kantin tetap dibuka walaupun dibulan puasa.

Kalau dalam kelas kite tu hanya beberapa kerat saja yang dah belajar untuk puasa, termasuk la dengan kite. Rajin rupanaya kite ni, kecik-kecik dah pandai puasa. Hehehehe….

Waktu rehat bermula seperti biasa. Walaupun kite berpuasa aktiviti di waktu rehat tetap kite tunaikan seperti biasa. Budak-budak katakan, berjiwa kental.

Kite ada geng sendiri yang kamcing gitu, bukan geng bas sekolah mahupun geng kampong pisang yer, jangan salah anggap pulak.

Tiap kali tiba waktu rehat kitaorang akan bergerak ke padang, bermain apa lagi, tambahan puasa kan jadi tak payah berebut-rebut beli makan, kawan kite bagi cadangan ‘apa kata kita main lompat tali getah’, kite apa lagi ‘setujuu’ dengan yakinnya..hik hik hik




Da mula lupa da..yang kite time tu sedang berpuasa. Main punya pasal.

Main punya main, tetiba kawan kite dari kelas yang sama jugak datang bawa air sirap, keropok lekor dengan sosnya. Air sirap dia..mak aihhh sedap nampak, dengan kaler dia yang merah tu, memang sedap la, tetengah hari yang panas tu..




Kite apa lagi tak tunggu lama, tambahan lagi dia pelawa kengkawan makan minum sekali..memang hampehh betul…

Minum beberapa teguk, bukan beberapa teguk tapi hamper separuh jugak la air sirap dia kite bedal…hehhehe…

Tetiba kite teringat yang hari tu kite puasa, apa lagi terus berhenti, yang kelakarnya sempat lagi telan air yang berbaki dalam mulut..

Pastu kite terfikir ‘batal ka tak batal, batal ka tak batal’ kite da mula muram dah sebab kite dah janji nak puasa penuh tahun tu..

Balik jer rumah kite terus tanya mrs mama ‘mama, tadi kite tak sengaja minum air sirap…tak ingat hari ni puasa’

‘takpe kalau tak sengaja..rezeki la tu’ kata mrs mama

Huhhh!! Lega rasanya kite…

                                                                              *******

Ermmm macam tu lah zaman kekecik..

Kalau mrs mama tahu ni mesti dia dengan coolnya akan cakap ‘ dengan tak mandi-mandi terus mengadap benda tu jer, bangun-bangun la, lipat kain, basuh kain, mop lantai, lap cermin, basuk kete..’

Macam bibik…tapi itu tidak benar yer..mrs mama sangat sporting…hehhehe

Ok..tutup lappy… 




p/s: selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak, selamat berpuasa

Sunday 3 March 2013

Melayu Hari Ini


Assalamualaikum..




Kengkadang kita berasa puas dengan apa yang kita miliki sedangkan hakikatnya tidak begitu. Kita mudah berasa selesa dengan kedudukan kita sekarang. Dengan alasan ‘cukup makan sudahla, buat apa tamak mengejar harta, semua itu duniawi semata’, kita tidak mahu berusaha untuk menjadi lebih kaya seperti orang-orang asing yang bergelar jutawan.


Dari pemerhatian kite, orang yang jutawan bukan dari kalangan kita orang melayu, kalau ada pun berapa kerat jer tapi orang yang beragama lain. Sebab itulah orang kaya makin kaya dan orang miskin makin miskin malah bertambah melarat hidupnya, kenapa?? Sebab mereka hanya bergantung kepada bantuan yang di hulurkan oleh orang-orang yang budiman kaya. Golongan ini hanya tahu meminta-minta sahaja sedangkan mereka cukup sempurna untuk mencari rezeki untuk mengubah hidup mereka.


Kite bukanlah nak mengata bangsa sendiri tapi itulah hakikatnya, tetengahari minggu ada sahaja golongan yang datang meminta simpati, rumah kite selalu menjadi tumpuannya, kite paling benci orang yang meminta-minta, sedangkan mereka sihat tubuh badan. Mereka datang dengan muka simpati memberi alasan meminta bantuan untuk menyiapkan masjid la padahal masjid tu dah lama siap, untuk anak-anak yatim la, untuk repair sekolah la dan yang paling annoying sangat bila kiteorang bagi duit, boleh golongan ini cakap ‘boleh bagi lebih sikit tak’ geram betul la dengan golongan yang macam ni. Diorang ingat rumah kite ni badan kebajikan masyarakat ker sesuka hati laki tiri mak angkat dia nak mintak lebih. Orang dah bagi tu ambik saje la ni nak mintak lebih-lebih.


Kite bukan la benci golongan yang macam ni, tapi kalau mereka-mereka ni memang betul-betul perlukan bantuan takpe la jugak, boleh consider tapi mereka guna kesempatan atas kebaikan orang lain. Mereka bukanlah tidak sempurna, cukup sempurna. Dan yang paling sedih sangat tu ada jugak yang datang minta sedekah dengan alasan nak bantu adik dia buat pembedahan jantung berlubang, sape-sape dengar pun pasti sedih then terus bagi duit. Tapi lain pulak ceritanya bila jumpa kat Bandar. Orang yang sama tapi kali ini bukan alasan nak buat pembedahan adiknya yang sakit jantung berlubang tapi untuk rumah anak-anak yatim. Pandai betul la golongan ni berdrama. Geram betul la kite.


Apa la nak jadi dengan orang melayu ni, kite tak pernah lagi jumpa bansga lain cina or india mintak sedekah. Mungkin orang melayu berasa selesa dengan apa yang dia ada. Tidak menumpang di Negara orang. Sedangkan cina, india berlumba-lumba berusaha. Kerana mereka tahu kalau mereka tidak berusaha, takde pelajaran mereka akan terus ketinggalan kerana mereka tahu mereka menumpang.


Cina yang paling Berjaya dalam dunia perniagaan, sebab apa. Sebab mereka sudah diasuh dari kecik untuk hidup susah. Pulang dari sekolah datang kedai tolong mak ayah diorang berniaga, sedangkan melayu enak bersukan takpun tidur dengan alasan penat seharian bersekolah. Tapi bangsa cina tak buang sedikit pun masa. Sebab itulah mereka lebih berjaya dari melayu.


Cara orang cina berniaga berbeza dengan melayu. Orang melayu niaga suka makan bangsa sendiri, kita boleh lihat dunia sekarang, contoh dah ada di sekeliling kita. Kenapa kite cakap macam ni, contohnyalah kedai makan sebelah menyebelah dengan kedai makan jugak, kalau kedai makan ni tak laku, mula la kedai makan ni cakap yang kedai sebelah mengguna-gunakan kedai dia, santau la, bomoh la bagai. Tapi mereka tidak tahu kedai dia tak laku bukan sebab kedai sebelah menyantau bagai kedai dia tapi kerana masakan kedai dia sendiri yang tidak sedap, belum lagi masuk part kebersihan, susun atur kedai semua. Kenapa mereka mudah berfikiran negative pada bangsa sendiri, kerana mentaliti orang melayu macam tu. Sampai bila orang melayu nak maju macam bangsa lain.


Kita boleh lihat di Bandar-bandar, golongan mana yang paling ramai, mestilah orang cina. Sebab mereka pandai berniaga, mereka tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dia miliki. Sedangkan melayu, mudah berpuas hati dengan apa yang mereka miliki, dengan alasan tak baik tamak, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Selalu guna alasan macam tu.


Cuba kita lihat kenapa orang melayu berniaga hanya mampu bertahan sekejap sahaja sedangkan orang cina berniaga tahan bertahun-tahun sehinggakan 7 keturunan makan pun tak habis. Kerana orang melayu berniaga bila dapat untung sikit mula la beli itu la ini la, tukar kereta besar la, beli rumah besar la, bini Besar la. Tapi orang cina tetap berusaha menambahkan kekayaan mereka. Mereka tak tukar kereta macam orang melayu, mereka simpan duit mereka. Untuk buat pusingan modal.





Kite pernah mengunjung satu kedai runcit ni, kedai runcit kak lah (bukan nama sebenar yer). Kite tak ahu dah berapa lama dia berniaga kedai runcit kecil-kecilan kat kampung. Kite kalau beli barang kalau sos cili tu biasa guna cap maggi or life, tapi kat kedai kak lah ni takde pulak cap maggi or life yang ada cap hapa entah ayam ker itik kite tak tahu la tapi yang buat kite geram tu ada ker patut dia jual sos cili yang cap hapa-hapa entah tu dengan harga sama mahal dengan harga sos cili cap maggi. Punyalah dia nak dapatkan untung yang berlipat ganda. Kalau untung banyak tapi barang tak gerak buat apa. Itu pendapat kite la. Baik untung sikit tapi barang sentiasa gerak.

dan tak mustahil one day kita akan menumpang di negara kita sendiri kalau kita orang melayu tetap tak berubah..dan sejarah mungkin berulang kembali.


p/s: melayu kondem melayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...