Assalamualaikum..
Kengkadang kita
berasa puas dengan apa yang kita miliki sedangkan hakikatnya tidak begitu. Kita
mudah berasa selesa dengan kedudukan kita sekarang. Dengan alasan ‘cukup makan
sudahla, buat apa tamak mengejar harta, semua itu duniawi semata’, kita tidak
mahu berusaha untuk menjadi lebih kaya seperti orang-orang asing yang bergelar
jutawan.
Dari pemerhatian
kite, orang yang jutawan bukan dari kalangan kita orang melayu, kalau ada pun
berapa kerat jer tapi orang yang beragama lain. Sebab itulah orang kaya makin
kaya dan orang miskin makin miskin malah bertambah melarat hidupnya, kenapa??
Sebab mereka hanya bergantung kepada bantuan yang di hulurkan oleh orang-orang
yang budiman kaya. Golongan ini hanya tahu meminta-minta sahaja sedangkan
mereka cukup sempurna untuk mencari rezeki untuk mengubah hidup mereka.
Kite bukanlah nak
mengata bangsa sendiri tapi itulah hakikatnya, tetengahari minggu ada sahaja
golongan yang datang meminta simpati, rumah kite selalu menjadi tumpuannya,
kite paling benci orang yang meminta-minta, sedangkan mereka sihat tubuh badan.
Mereka datang dengan muka simpati memberi alasan meminta bantuan untuk menyiapkan
masjid la padahal masjid tu dah lama siap, untuk anak-anak yatim la, untuk
repair sekolah la dan yang paling annoying sangat bila kiteorang bagi duit,
boleh golongan ini cakap ‘boleh bagi lebih sikit tak’ geram betul la dengan
golongan yang macam ni. Diorang ingat rumah kite ni badan kebajikan masyarakat
ker sesuka hati laki tiri mak angkat dia nak mintak lebih. Orang dah bagi tu
ambik saje la ni nak mintak lebih-lebih.
Kite bukan la
benci golongan yang macam ni, tapi kalau mereka-mereka ni memang betul-betul
perlukan bantuan takpe la jugak, boleh consider tapi mereka guna kesempatan
atas kebaikan orang lain. Mereka bukanlah tidak sempurna, cukup sempurna. Dan
yang paling sedih sangat tu ada jugak yang datang minta sedekah dengan alasan
nak bantu adik dia buat pembedahan jantung berlubang, sape-sape dengar pun
pasti sedih then terus bagi duit. Tapi lain pulak ceritanya bila jumpa kat Bandar.
Orang yang sama tapi kali ini bukan alasan nak buat pembedahan adiknya yang
sakit jantung berlubang tapi untuk rumah anak-anak yatim. Pandai betul la
golongan ni berdrama. Geram betul la kite.
Apa la nak jadi
dengan orang melayu ni, kite tak pernah lagi jumpa bansga lain cina or india mintak
sedekah. Mungkin orang melayu berasa selesa dengan apa yang dia ada. Tidak
menumpang di Negara orang. Sedangkan cina, india berlumba-lumba berusaha. Kerana
mereka tahu kalau mereka tidak berusaha, takde pelajaran mereka akan terus
ketinggalan kerana mereka tahu mereka menumpang.
Cina yang paling
Berjaya dalam dunia perniagaan, sebab apa. Sebab mereka sudah diasuh dari kecik
untuk hidup susah. Pulang dari sekolah datang kedai tolong mak ayah diorang
berniaga, sedangkan melayu enak bersukan takpun tidur dengan alasan penat
seharian bersekolah. Tapi bangsa cina tak buang sedikit pun masa. Sebab itulah
mereka lebih berjaya dari melayu.
Cara orang cina
berniaga berbeza dengan melayu. Orang melayu niaga suka makan bangsa sendiri,
kita boleh lihat dunia sekarang, contoh dah ada di sekeliling kita. Kenapa kite
cakap macam ni, contohnyalah kedai makan sebelah menyebelah dengan kedai makan
jugak, kalau kedai makan ni tak laku, mula la kedai makan ni cakap yang kedai
sebelah mengguna-gunakan kedai dia, santau la, bomoh la bagai. Tapi mereka
tidak tahu kedai dia tak laku bukan sebab kedai sebelah menyantau bagai kedai
dia tapi kerana masakan kedai dia sendiri yang tidak sedap, belum lagi masuk
part kebersihan, susun atur kedai semua. Kenapa mereka mudah berfikiran
negative pada bangsa sendiri, kerana mentaliti orang melayu macam tu. Sampai
bila orang melayu nak maju macam bangsa lain.
Kita boleh lihat
di Bandar-bandar, golongan mana yang paling ramai, mestilah orang cina. Sebab
mereka pandai berniaga, mereka tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dia
miliki. Sedangkan melayu, mudah berpuas hati dengan apa yang mereka miliki,
dengan alasan tak baik tamak, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Selalu
guna alasan macam tu.
Cuba kita lihat kenapa
orang melayu berniaga hanya mampu bertahan sekejap sahaja sedangkan orang cina
berniaga tahan bertahun-tahun sehinggakan 7 keturunan makan pun tak habis.
Kerana orang melayu berniaga bila dapat untung sikit mula la beli itu la ini
la, tukar kereta besar la, beli rumah besar la, bini Besar la. Tapi
orang cina tetap berusaha menambahkan kekayaan mereka. Mereka tak tukar kereta
macam orang melayu, mereka simpan duit mereka. Untuk buat pusingan modal.
Kite pernah
mengunjung satu kedai runcit ni, kedai runcit kak lah (bukan nama sebenar yer).
Kite tak ahu dah berapa lama dia berniaga kedai runcit kecil-kecilan kat kampung.
Kite kalau beli barang kalau sos cili tu biasa guna cap maggi or life, tapi kat
kedai kak lah ni takde pulak cap maggi or life yang ada cap hapa entah ayam ker
itik kite tak tahu la tapi yang buat kite geram tu ada ker patut dia jual sos
cili yang cap hapa-hapa entah tu dengan harga sama mahal dengan harga sos cili
cap maggi. Punyalah dia nak dapatkan untung yang berlipat ganda. Kalau untung
banyak tapi barang tak gerak buat apa. Itu pendapat kite la. Baik untung sikit
tapi barang sentiasa gerak.
dan tak mustahil one day kita akan menumpang di negara kita sendiri kalau kita orang melayu tetap tak berubah..dan sejarah mungkin berulang kembali.
p/s: melayu kondem
melayu