Friday 25 May 2012

Surat Cinta Untuk My Future Husband


Assalamualaikum…..



ddhianadiah.blogspot.com


Kehadapan my future husband…
Artikel ni saya tulis bukan la kerana saya dibayar oleh sesiapa pun or bukan juga kerana saya dipaksa tetapi artikel ni saya tulis kerana hati saya terdetik untuk menulisnya…so bacalah dengan penuh sabar dan jangan tergopoh-gapah, kerana saya tidak mahu awak tercungap-cungap dan tersemput-semput, kelak saya jugak yang susah…


bacalah wahai my future husband…
I dun know where you are right now and who you are…but apepun saya tetap nak bagitau jugak. Awak….bila kita jumpa suatu hari nanti saya harap awak seorang yang baik, yang boleh menerima saya apa adanya saya, yang boleh sayang saya setulus hati awak, yang jugak boleh terima family saya…dan saya tau awak seorang yang encem, caring, loving, macho, dan sewaktu dengannya…


My future husband…..
Apabila saya terima awak untuk menjadi pendamping hidup awak, bermakna saya terima segala kekurangan diri awak…apabila saya check pesbuk awak, saya tidak mahu awak letak picture awak yang tunjuk body ketul-ketul awak, saya tidak mahu awak curang dengan saya. Awak pun tahukan lelaki sekarang makin berkurangan kerana lelaki sekarang ramai yang lebih memilih untuk hidup senang di “unibersiti of penjara” and “unibersiti of pusat serenti”.

Saya tahu saya seorang yang comey, rajin, tapi awak jangan la buli saya pabila kita dah kawin kelak yer…awak……boleh tak awak jangan merokok, saya tahu awak merokok depan saya sebab awak nak kawin lain kan bila saya mati…awak pun tahukan kalau awak isap rokok, orang di sekeliling awak lebih berisiko. Dan tak hairan la jika saya yang mati dulu. So pehliss la jangan merokok….saya tak nak mati muda..amal saya belum cukup lagi..


My future husband….
Saya nak tanya kaum awak ni…kenapa bila kaum awak mengorat kaum saya, pastu kaum saya tak layan kaum awak akan cakap kitaorang ni sombong, tapi bila kaum saya layan kaum awak, kaum awak akan cakap semua pompuan gedix. Tak paham la saya dengan kaum awak ni….
My lovely hunny, bagitau kat kawan sejenis awak tu be a gentlemen la kalau nak mengorat or mengusha kaum saya, bagitau diaorang kalau suka kat someone tu mengorat la sungguh-sungguh..kadang-kadang kami (perempuan) buat-buat jual mahal jer, bukan apa just nak uji kesungguhan kaum (lelaki) awak jer. Pastu bila da kapel tu takyah nak touch n go sangat la.




ddhianadiah,blogspot.com

Masa mengorat perempuan, ayat manis bagai guna…pijak semut pun semut tu tak mati, gajah kat depan pun tak nampak. Tapi bila dah kawin, itu tak kena ini tak kena, complain itu complain ini…semua tak kena, tapi masa tengah kapel tu, bau kentut pun cakap wangi…ish ish ish… sedarlah wahai kaum lelaki. Kaum (perempuan) tak kisah pun kalau suami dia dah tak encem cam mula-mula kapel dulu. Kami (perempuan) boleh jer terima kekurangan kaum lelaki. Tapi kenapa kaum awak tak boleh terima perubahan kami (perempuan) selepas kawin. Lelaki ni memang mengada-ngada, nak macam-macam dari perempuan. Korang (lelaki) patut bersyukur tau kerana kaum perempuan boleh terima kaum lelaki apa adanya.


Dear my future husband…
Tolong jaga cikit mata tu boleh tak?...tolong la jangan nak menggatal jer, asal Nampak perempuan seksi meksi jer mula la nak meleleh air liur tu, kalau boleh nak terkeluar bijik mata tu….pehlis la…jangan nak menggatal. Tapi bila kaum saya pandang lelaki lain, mula la marah, pastu cakap perempuan gatal la gedix la..sedar la awak, kaum saya pandang lelaki lain bukan sebab nak menggedix or menggatal, tapi just nak tengok jer, dalam hati kami (perempuan) tetap memuji pakwe masing-masing la….
Tambah lagi, kenapa kaum awak nak cari istri yang ok-ok jer? I mean yang suci murni cam minyak seri murni…padahal perangai korang pun ntah apa-apa jugak…nak istri yang tutup aurat la konon tapi perangai kaum lelaki ni huhhh….hampeh….

Dear….
Saya tak berapa suka la bila kaum awak cakap pasal payung emas bagai…konon nak istri dapat payung emas kat syurga kalau istri bagi kawin lebih dari sorang. Tolong la banyak lagi cara kaum saya boleh masuk syurga la. Cakap sayang istri, “awak la satu-satunya istri saya”…then bila dah dapat anak kedua ketiga mula buat hal, cakap nak kawin sorang lagi la alasan kaum awak senang jer, nak tolong kaum perempuan yang susah…tapi saya tau bukan itu hakikat sebenarnyakn kn kn? Alasan lain kaum awak, nak ikut sunnah rasulullah la….tapi bab-bab suruhan lain taknak ikut pulak…
Awak….awak tau ka tak tau sebelum kawin kaum awak yang ramai rosakkan kaum saya? Mintak gambar seksi la, mintak gambar free hair la, gambar tak pakai baju la, belum lagi mintak kaum perempuan buktikan sejauh mana cinta kami (perempuan) kat kaum awak kn…hah? Awak tak paham?...ala mintak nak tido bersama la alasannya kalau tak nak tido bersama sebelum kawin bermakna kaum saya tak cintakan kaum awak…pastu mula ugut nak tinggalkan kaum saya…huhhh…



ddhianadiah.blogspot.com


Dear my future husband….
Satu lagi pesan saya, bagitau kat kawan-kawan awak tu kalau perempuan tak nak kat diaorang jangan la nak berdendam, nak simbah asid la, bomoh mentera bagai. Terima la hakikat.


Akhir kata dari ur future wife, sebelum awak jumpa saya tolong la jaga diri elok-elok…jaga keterunaan yer walaupun keterunaan kaum awak, kaum saya tak nampak…take care…saya akan tunggu awak…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...