Assalamualaikum
Setiap orang dikurniakan dua mata, dua telinga, dua tangan,
dua kaki, yang pastinya dua la, agak-agak kenapa erk?? Kenapa tidak tiga??..
Tapi kita Cuma di beri satu hati, kerana sekeping lagi hati
kite kena cari la yer dak? Cari kat mana?…jodoh sume tu Allah dah tentukan pada
setiap hambaNya, apabila tiba masanya dimana kita dah siap maka datanglah jodoh
kita tu..yer dak??...hehehe kite pun tak tau sebenarnya, jadi sekeping lagi
hati ada pada pasangan kita, kerana semua kejadian berpasangan, siang
pasangannya malam, macam tulah lebih kurang. Harini kite nak cakap soal hati la
pulak, hik hik hik…
Cinta umpama suatu pelayaran, kerana kite tidak tahu apa akan jadi
seterusnya, dimanakah destinasi kita, adakah kita akan sampai hingga ke destinasi
yang dituju, atau kita akan terdampar di tengah lautan yang luas…begitulah
cinta..
Orang cakap cinta memerlukan pengorbanan yer dak? Pengorbanan
memerlukan perjuangan demi utk mendapatkan cinta sejati,Perjuangan memerlukan
ketabahan demi mendapatkan kejayaan dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran
ketika bercinta,Kejayaan setelah mendapatkan cinta adalah kunci kebahagian
dalam sesebuah hubungan.
Cinta ni pelikkn…kadang-kadang kita cuba menjauh, ia makin
dekat dengan kita, kita cuba menafikan perasaan itu, ia rasa bertambah sakit.
Apabila perasaan cinta bercambah dalam hati kita, kita akan rasa semakin sayang
dari hari ke hari, kita akan terima segala keburukan orang yang kita cinta.
Semakin lama hubungan itu terjalin semakin banyak kenangan yang terlakar indah
antara kita dengan orang yang kita cintai, maka semakin sakit andai kita putus
cinta.
Cinta membuatkan kita jadi seorang perindu yang setia, cinta
adalah apabila kita mempunyai seribu alasan untuk kita meninggalkannya tetapi
masih tetap nak mencari satu kebaikan yang ada pada diri dia supaya kita tidak
akan terniat untuk melepaskannya pergi..anehkan cinta ni??
Orang cakap cinta sejati ni degil, tak dengar cakap, kenapa?
Kerana cinta sejati tak dengar apa yang dikata, tak paham apa yang dijelaskan, kerana
cinta sejati ni bukan hanya datangnya dari bibir, mahupun lidah, kerana cinta
sejati datangnya dari hati, seperti lagu sejati la lebih kurang…
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang kita akan bayangkan
dia jer tiap masa, kadang-kadang kita akan jadi seorang pelupa, kadang-kadang
kita akan jadi seorang yang pendiam, dan kadang-kadang kita akan jadi seorang
yang annoying.. semuanya kerana cinta. Cinta jugak boleh membunuh, apabila
orang yang kita cinta tidak cintakan kita lagi maka jalan mudah adalah membunuh
dengan harapan agar semua orang takkan mampu memiliki orang yang kita cintai.
Kerana cinta jugaklah lahirnya generasi akan datang yer dak?
Sebab tue lah kita tak boleh cintakan seseorang lebih
daripada cinta kita pada pencipta kita, sebab insan yang bernama manusia ni
akan pergi meninggalkan kita tapi Dia sentiasa ada untuk kita dikala sedih,
gembira, bahagia, or susah.
Cinta ni bagi kite lah tak salah, yang salah adalah kita
yang bernama manusia, salah dalam mentafsir istilah cinta. Bagi kite tiada
istilah cinta buta la…
Kadang-kadang cinta ni hadir tanpa kita sedari sehinggalah
apabila orang yang kita cinta meninggalkan kita, masa tue mulala nak menyesal
la, sebab tak dapat meluahkan perasaan kita pada orang yang kita cintai…
Cinta itu banyak pengertiannya...tapi bagi kite cinta adalah
kawan sejati. Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenali dengan
sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur
kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran
hidup sentiasa menjadi mainan orang oleh itu jangan tertarik kepada seseorang
kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik
kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang
yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat
hari-hari yang gelap menjadi cerah ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti
ada durinya. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan,
seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di
dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya..dan jika seseorang hadir
dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab
tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan
sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kita tetapi...apabila ada yang
datang, jangan biarkan ia berlalu pergi, kerana sekali dia pergi dia tidak akan
kembali lagi…
Seandainya kita jatuh cinta, kita tidak mampu memberi alasan
mengapa, kenapa, bagaimana, dan bilakah kita jatuh cinta…kerana cinta itu aneh
dan sukar untuk diungkapkan…
Tetapi andai kita jatuh cinta dan kita mampu memberi tahu
alasan mengapa, kenapa, bagaimana, dan bilakah kita jatuh cinta, itu bermakna
kita tidak jatuh cinta padanya…contoh la, sekiranya buah hati kita tanya kenapa
kita cinta dia, maka kita cakap kerana dia kuat bekerja…tapi sekiranya suatu
hari nanti dia sudah tidak mampu untuk bekerja lagi maka kita sudah tidak
cintakan dia.
***************************************
Seperti kata
pujangga cinta “Love
is pure and love is sure, Love is something that has no cure”.
cinta ni adalah suatu penerimaan…bila kita cintakan seseorang kita akan terima dirinya seadanya, seterusnya orang yang kita cintai punyai tempat istimewa dalam hati kita, sebab itulah apabila kita putus cinta kita akan rasa sakit sangat, kerana kita kehilangan part of ourselves….
cinta ni adalah suatu penerimaan…bila kita cintakan seseorang kita akan terima dirinya seadanya, seterusnya orang yang kita cintai punyai tempat istimewa dalam hati kita, sebab itulah apabila kita putus cinta kita akan rasa sakit sangat, kerana kita kehilangan part of ourselves….
Kita perlukan masa
sesaat untuk jatuh cinta tapi kita memerlukan seumur hidup untuk melupakan
cinta kita..itulah anehnya cinta.
***************************
p/s : True love never looked in physical it felt in your heart