Friday 24 August 2012

Cinta itu Aneh


Assalamualaikum






Setiap orang dikurniakan dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki, yang pastinya dua la, agak-agak kenapa erk?? Kenapa tidak tiga??..


Tapi kita Cuma di beri satu hati, kerana sekeping lagi hati kite kena cari la yer dak? Cari kat mana?…jodoh sume tu Allah dah tentukan pada setiap hambaNya, apabila tiba masanya dimana kita dah siap maka datanglah jodoh kita tu..yer dak??...hehehe kite pun tak tau sebenarnya, jadi sekeping lagi hati ada pada pasangan kita, kerana semua kejadian berpasangan, siang pasangannya malam, macam tulah lebih kurang. Harini kite nak cakap soal hati la pulak, hik hik hik…


Cinta umpama suatu pelayaran,  kerana kite tidak tahu apa akan jadi seterusnya, dimanakah destinasi kita, adakah kita akan sampai hingga ke destinasi yang dituju, atau kita akan terdampar di tengah lautan yang luas…begitulah cinta..


Orang cakap cinta memerlukan pengorbanan yer dak? Pengorbanan memerlukan perjuangan demi utk mendapatkan cinta sejati,Perjuangan memerlukan ketabahan demi mendapatkan kejayaan dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran ketika bercinta,Kejayaan setelah mendapatkan cinta adalah kunci kebahagian dalam sesebuah hubungan.


Cinta ni pelikkn…kadang-kadang kita cuba menjauh, ia makin dekat dengan kita, kita cuba menafikan perasaan itu, ia rasa bertambah sakit. Apabila perasaan cinta bercambah dalam hati kita, kita akan rasa semakin sayang dari hari ke hari, kita akan terima segala keburukan orang yang kita cinta. Semakin lama hubungan itu terjalin semakin banyak kenangan yang terlakar indah antara kita dengan orang yang kita cintai, maka semakin sakit andai kita putus cinta.



Cinta membuatkan kita jadi seorang perindu yang setia, cinta adalah apabila kita mempunyai seribu alasan untuk kita meninggalkannya tetapi masih tetap nak mencari satu kebaikan yang ada pada diri dia supaya kita tidak akan terniat untuk melepaskannya pergi..anehkan cinta ni??



Orang cakap cinta sejati ni degil, tak dengar cakap, kenapa? Kerana cinta sejati tak dengar apa yang dikata, tak paham apa yang dijelaskan, kerana cinta sejati ni bukan hanya datangnya dari bibir, mahupun lidah, kerana cinta sejati datangnya dari hati, seperti lagu sejati la lebih kurang…






Apabila kita jatuh cinta pada seseorang kita akan bayangkan dia jer tiap masa, kadang-kadang kita akan jadi seorang pelupa, kadang-kadang kita akan jadi seorang yang pendiam, dan kadang-kadang kita akan jadi seorang yang annoying.. semuanya kerana cinta. Cinta jugak boleh membunuh, apabila orang yang kita cinta tidak cintakan kita lagi maka jalan mudah adalah membunuh dengan harapan agar semua orang takkan mampu memiliki orang yang kita cintai. Kerana cinta jugaklah lahirnya generasi akan datang yer dak?



Sebab tue lah kita tak boleh cintakan seseorang lebih daripada cinta kita pada pencipta kita, sebab insan yang bernama manusia ni akan pergi meninggalkan kita tapi Dia sentiasa ada untuk kita dikala sedih, gembira, bahagia, or susah.



Cinta ni bagi kite lah tak salah, yang salah adalah kita yang bernama manusia, salah dalam mentafsir istilah cinta. Bagi kite tiada istilah cinta buta la…



Kadang-kadang cinta ni hadir tanpa kita sedari sehinggalah apabila orang yang kita cinta meninggalkan kita, masa tue mulala nak menyesal la, sebab tak dapat meluahkan perasaan kita pada orang yang kita cintai…
Cinta itu banyak pengertiannya...tapi bagi kite cinta adalah kawan sejati. Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenali dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti ada durinya. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya..dan jika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kita tetapi...apabila ada yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi, kerana sekali dia pergi dia tidak akan kembali lagi…
Seandainya kita jatuh cinta, kita tidak mampu memberi alasan mengapa, kenapa, bagaimana, dan bilakah kita jatuh cinta…kerana cinta itu aneh dan sukar untuk diungkapkan…




Tetapi andai kita jatuh cinta dan kita mampu memberi tahu alasan mengapa, kenapa, bagaimana, dan bilakah kita jatuh cinta, itu bermakna kita tidak jatuh cinta padanya…contoh la, sekiranya buah hati kita tanya kenapa kita cinta dia, maka kita cakap kerana dia kuat bekerja…tapi sekiranya suatu hari nanti dia sudah tidak mampu untuk bekerja lagi maka kita sudah tidak cintakan dia.

***************************************

Seperti kata pujangga cinta  “Love is pure and love is sure, Love is something that has no cure”. 


cinta ni adalah suatu penerimaan…bila kita cintakan seseorang kita akan terima dirinya seadanya, seterusnya orang yang kita cintai punyai tempat istimewa dalam hati kita, sebab itulah apabila kita putus cinta kita akan rasa sakit sangat, kerana kita kehilangan part of ourselves….

Kita perlukan masa sesaat untuk jatuh cinta tapi kita memerlukan seumur hidup untuk melupakan cinta kita..itulah anehnya cinta.


***************************

p/s : True love never looked in physical it felt in your heart

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...